
Atomic Absorption Spectrophotometer
(AAS)
​
Jenama : Perkin Elmer
Model : Aanalyst 800
ANALISIS AAS
Pengenalan
Spektrofotometer Serapan Atom (AAS) merupakan teknik analisis kuantitatif bagi penentuan unsur-unsur logam dalam larutan akues. Penggunaan alat ini semakin meluas dalam pelbagai bidang kerana prosedurnya yang selektif, spesifik dan sensitivitinya yang tinggi (ppm-ppb) serta tempoh analisis yang cepat.
Umumnya alat ini menggunakan kaedah nyala dan relau grafit untuk pengatoman analit. Pembetulan latar belakang bagi relau grafit menggunakan kesan Zeeman dan bagi kaedah nyala menggunakan punca lampu deutarium. Julat jarak gelombang monokromator adalah dari 190-870 nm. Operasi dikawal oleh komputer sepenuhnya menggunakan perisian AA WinLab 32TM.
Teknik Yang Digunakan
Teknik yang digunakan ialah teknik Flame sahaja
Keperluan Khusus Sampel
Tiada mendakan dan ampaian pada sampel
Sampel hendaklah dicairkan terlebih dahulu mengikut kepekatan yang dikehendaki (julat ppm) sebelum dihantar kepada operator alat.
Larutan piawai hendaklah disediakan sekurang-kurangnya 4 larutan pada kepekatan yang berbeza.
Memaklumkan unsur logam yang ingin diketahui kepada operator alat.
Keadaan Sampel
Keadaan Sampel - Cecair (Larutan Akueus)
Jumlah Minima Sampel Diperlukan: 15mL per unsur
Elemen Analisis
Pengesan lampu katod bagi unsur-unsur Ca, Cd, Co, Cr, Cu, Fe, Mn, Ni, Pb dan Zn sahaja
Pertanyaan Lanjut
Makmal Instrumen AAS,
Bilik 3128, Aras 3, Bangunan Sains Kimia,
Fakulti Sains dan Teknologi
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
Email : aasppsktm@gmail.com
Tel : 603-89213293
Fax : 603-89215410